Showing posts with label xxx artis. Show all posts
Showing posts with label xxx artis. Show all posts

Sunday, 17 July 2011

mStar Online : Anang Lamar Ashanty Di Hadapan KD: Anang Lamar Ashanty Di Hadapan KD
Anang bersedia sepenuhnya untuk melamar Ashanty.
PENYANYI Indonesia Anang Hermansyah melamar Ashanty di hadapan bekas isterinya, penyanyi Krisdayanti (KD) di sebuah acara di Jakarta Utara, Indonesia, malam Jumaat.
Uniknya lamaran bapa dua anak ini didampingi oleh pengacara majlis itu yang mengatakan bahawa dirinya sudah mendengar Anang bakal merisik Ashanty.
Mendengar hal ini ibunda Ashanty hanya tersenyum dan mengangguk. Sedangkan Ashanty yang ada di kanan pengacara itu mengaku tidak menolak Anang jika jodoh mereka panjang.
Sementara itu, Anang yang kelihatan merah padam apabila mendengar ungkapan itu terus menjawab dia bersedia sepenuhnya untuk melamar wanita cantik itu.
Di tempat yang sama, KD berkali-kali mendoakan lamaran itu. Sementara ibu Anang yang berada di kiri KD menerangkan bahawa dirinya menyerahkan tentang soal itu kepada mereka berdua.
"Kami selaku orang tua berdoa dan keputusan ada pada Allah. Lebih baik kalau mereka percepatkan urusan ini," kata ibu Anang lalu tersenyum kepada KapanLagi.com.
mStar Online : Nurul Syuhada (TV3) Akhirnya Bergelar Isteri


Nurul Syuhada (TV3) Akhirnya Bergelar Isteri
Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir.
PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.
Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.
“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.
Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Sunday, 15 May 2011

Utusan Malaysia Online - Hiburan


Zizan nafi dekati janda


Zizan


TIMBUL lagi gosip mengenai artis lelaki kita yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Zizan Raja Lawak, yang semakin mekar namanya dalam industri terutamanya dalam bidang pengacaraan selain menyandang gelaran pelawak terkenal tanah air ketika ini.
Bukan apa, balik-balik kisah dia dikaitkan dengan perempuan cantik.
Tidak setakat cantik, tetapi perempuan yang didakwa didekati oleh Zizan memiliki wajah Pan Asia.
Wah..tinggi juga selera anak kelahiran Dungun, Terengganu ini. Boleh tahan.
Macam dah tak nak pandang wanita-wanita Melayu asli lain sahaja gayanya.
Iyalah, selepas hubungan cintanya dengan Leez AF tak lama dulu kecundang, Zizan kemudian dikaitkan pula dengan Juliana Evans.
Ala... Pelakon filem Hantu Bonceng berwajah Pan Asia yang hatinya masih belum dicuri sesiapa tu.
Namun belum pun reda kisahnya dengan Juliana, tiba-tiba datang pula gosip baru yang mendakwa Zizan bercinta dengan ibu kepada Nessa Helena, 3.
Siapa lagi kalau bukan aktres jelita berstatus janda, Natasha Hudson, 29.
Alamak! Sudah beralih anginkah Zizan?
Kepada Pancaindera, Zizan memberikan jawapan padat untuk dikongsi bersama peminat.
AMBOI dalam diam diam Zizan sekarang dah mula menjalin cinta ya?
Eh, mana ada. Saya masih solo lagi. Mana pula dengar cerita saya ada teman wanita ni?
Ala, buat-buat tak tahu pula. Dengar cerita Zizan sekarang menjalin hubungan dengan Natasha Hudson. Betulkah ni?
Oh yeke? Pelik betul. Kenapa saya baru tahu ya? (melawak). Tak adalah..saya cuma berkawan sahaja dengan dia.
Zizan, kalau tak ada angin masakan pokok akan bergoyang. Betul tak? Cuba cerita sikit apa sebenarnya yang berlaku.
Betul. Takkanlah saya nak menipu pula. Saya dan Natasha cuma kenalan. Dia menggunakan khidmat pengurus yang sama dengan saya, Marina Juki. Saya juga difahamkan yang Natasha juga merupakan sahabat lama Marina. Sejak dari alam sekolah lagi.
Ada yang kata Zizan dengan dia ada `sesuatu’. Maksudnya sedang bercinta. Sampai sanggup datang ke program Maharaja Lawak baru-baru ini semata-mata mahu memberi sokongan kepada Zizan. Tak akanlah tak ada apa-apa.
Terus-terang saya katakan, saya pun tak tahu dia datang ke situ menyokong saya. Pelik juga saya, kenapa perlu mengaitkan saya bercinta dengan dia hanya disebabkan dia datang ke program itu? Walhal artis lain pun ada yang datang. Hari tu Siti Nordiana datang beri sokongan pun ada yang kata saya dengan dia ada apa-apa. Saya tengok Khir Rahman pun datang, kenapa tak kaitkan saya dengan dia? (melawak).
Zizan kan pernah dikaitkan dengan Juliana, jadi bila timbul situasi begitu, maka muncullah gosip. Pula tu, lagi sekali dikaitkan dengan wanita berwajah Pan Asia. Wah selera tinggi ya Zizan ni.
Habis, kalau dah orang datang, takkan saya nak halau pula. Lagipun sesiapa pun boleh datang tengok program tu. Ini semua memang gosip semata. Saya dan dia tak ada apa-apa. Tak akanlah bila ada wanita berwajah Pan Asia sahaja asyik nak dikaitkan dengan saya. Tapi saya faham, benda-benda macam ni timbul sebab ramai sangat yang prihatin dengan saya.
Ada yang kata Zizan sekarang sudah beralih angin. Dari meminati gadis-gadis sunti, Zizan kini didakwa lebih menyukai wanita seperti Natasha yang berstatus janda. Apa cerita ni?
Saya tak pernah pun buat kenyataan macam tu. Sudahlah..jangan diperbesarkan hal ini. Ada banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan berbanding nak fikir hal ini.
Jadi betullah khabar angin mengenai hal ini?
Jujurnya tidak. Saya tak boleh cakap hal ini. Tolonglah saya nak bercinta pun tak ada masa. Saya lebih selesa solo sekarang. Memanglah terasa kosong, tapi buat masa sekarang saya belum terfikir nak mempunyai buah hati. Saya nak kukuhkan ekonomi dan kerjaya saya dulu baru boleh cakap pasal buah hati.
Jadi, apa tindakan Zizan mengenai isu ini. Terutama sekali kepada mulut-mulut jahat yang bawa cerita tak betul pasal Zizan.
Sebenarnya, saya tak ambil hati pun. Jauh sekali nak marah-marah. Biarlah..yang penting saya dah jelaskan di sini mengenai perkara sebenar. Kalau ada yang tak percaya juga, apa boleh saya buat. Saya harap lepas ni tak ada lagi yang cuba nak usik-usik saya dengan Natasha.
Utusan Malaysia Online - Hiburan


Artis kita makin haprak?




BARU-baru ini Joyah ada menerima e-mel daripada pembaca akhbar ni yang mengirim sekeping gambar kepada Joyah. Bila belek gambar tersebut memang Joyah tak berapa nak terkejut sebab gambar ini dah banyak kali Joyah tengok di blog dan facebook rakan-rakan Joyah.
Apa nak jadi golongan macam ni? Senang-senang nak tayang separuh badan dan siap tunjuk belakang dia cantik? Joyah rasa hanya orang yang tak berapa nak waras sahaja yang sanggup buat macam ni.
Inilah perosak golongan anak seni. Tak sanggup Joyah nak tulis nama dia, apa filem lakonan dia dan yang paling penting ramai yang bersetuju orang macam ni tak perlu wujud dalam industri kita.
Joyah tak rasa ini gambar ditangkap curi. Bila dia rela melakukan macam ni, dia sebenarnya rela dirinya ‘dilacurkan’ atas nama seni. Adakah budak setengah masak macam sedar dirinya sedang dieksploitasi, atau dia memang rela untuk dieksploitasi?
Orang lain nak popular juga. Tapi bukan dengan cara macam ni. Kalau begini artis kita sanggup buat, memang dah capai taraf Hollywood nampaknya. Silap hari bulan sanggup berbogel untuk popular.
Hmmm... Kalau inilah hasil kerja orang seni, memang Joyah kecewa. Sepatutnya orang macam ni tak perlu ada dalam industri. Kita tak perlukan manusia haprak yang sanggup melanggar batas agama dan silang budaya yang ada di sini.
Nasihat Joyah pada semua, jangan ada yang mengada-ngada nak jadikan budak macam ni idola. Paling tidak pun carilah artis lain yang ada maruah!

Monday, 9 May 2011



Heboh Rozita Che Wan Jadi Artis Residen Astro
Rozita Che Wan
PETALING JAYA: Selepas kontroversi keinginannya untuk bersara sebagai artis pada 2011 yang tidak menjadi, pelakon Rozita Che Wan,38, mencipta kisah sensasi baru apabila dia dikatakan menerima tawaran Astro sebagai artis residen stesen televisyen itu.
Kata Rozita, dia mengaku menerima tawaran tersebut tetapi belum memberi apa-apa kata putus kepada pihak berkenaan.
"Saya ada ditawarkan (menjadi artis residen) tetapi masih belum ada apa-apa pengesahan secara hitam putih lagi," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Pelakon itu diminta mengulas desas-desus kononnya dia akan menjadi artis residen Astro sama seperti Errra Fazira, Aaron Aziz, Farid Kamil.
Ditanya pula mengenai kesibukannya dengan penggambaran drama Iparku Diva, Rozita enggan mengulas panjang dan hanya berkata: "Saya tak mahu menjawab apa-apa soalan berhubung pembabitan saya dalam lakonan lagi buat masa ini,” katanya.
Penggambaran drama yang diterbitkan oleh Zeel Production itu diadakan selama 20 hari sejak 15 Januari lalu.
Difahamkan pelakon itu turut mengambil pelbagai tawaran berlakon drama pada tahun ini.
Pada tahun lalu, Rozita nekad bersara daripada bidang lakonan dan pendiriannya berubah setelah menerima beberapa tawaran berlakon.
Bagaimanapun, Rozita menjelaskan pendirian itu terpaksa diubah kerana perlu menyelesaikan berapa drama lakonannya sebelum ini yang akan bersambung ke musim kedua seperti Kiah Perkasam dan Cikgu Kemisah Kirdi.
kredit to :