Sunday 15 May 2011

Utusan Malaysia Online - Hiburan


Zizan nafi dekati janda


Zizan


TIMBUL lagi gosip mengenai artis lelaki kita yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Zizan Raja Lawak, yang semakin mekar namanya dalam industri terutamanya dalam bidang pengacaraan selain menyandang gelaran pelawak terkenal tanah air ketika ini.
Bukan apa, balik-balik kisah dia dikaitkan dengan perempuan cantik.
Tidak setakat cantik, tetapi perempuan yang didakwa didekati oleh Zizan memiliki wajah Pan Asia.
Wah..tinggi juga selera anak kelahiran Dungun, Terengganu ini. Boleh tahan.
Macam dah tak nak pandang wanita-wanita Melayu asli lain sahaja gayanya.
Iyalah, selepas hubungan cintanya dengan Leez AF tak lama dulu kecundang, Zizan kemudian dikaitkan pula dengan Juliana Evans.
Ala... Pelakon filem Hantu Bonceng berwajah Pan Asia yang hatinya masih belum dicuri sesiapa tu.
Namun belum pun reda kisahnya dengan Juliana, tiba-tiba datang pula gosip baru yang mendakwa Zizan bercinta dengan ibu kepada Nessa Helena, 3.
Siapa lagi kalau bukan aktres jelita berstatus janda, Natasha Hudson, 29.
Alamak! Sudah beralih anginkah Zizan?
Kepada Pancaindera, Zizan memberikan jawapan padat untuk dikongsi bersama peminat.
AMBOI dalam diam diam Zizan sekarang dah mula menjalin cinta ya?
Eh, mana ada. Saya masih solo lagi. Mana pula dengar cerita saya ada teman wanita ni?
Ala, buat-buat tak tahu pula. Dengar cerita Zizan sekarang menjalin hubungan dengan Natasha Hudson. Betulkah ni?
Oh yeke? Pelik betul. Kenapa saya baru tahu ya? (melawak). Tak adalah..saya cuma berkawan sahaja dengan dia.
Zizan, kalau tak ada angin masakan pokok akan bergoyang. Betul tak? Cuba cerita sikit apa sebenarnya yang berlaku.
Betul. Takkanlah saya nak menipu pula. Saya dan Natasha cuma kenalan. Dia menggunakan khidmat pengurus yang sama dengan saya, Marina Juki. Saya juga difahamkan yang Natasha juga merupakan sahabat lama Marina. Sejak dari alam sekolah lagi.
Ada yang kata Zizan dengan dia ada `sesuatu’. Maksudnya sedang bercinta. Sampai sanggup datang ke program Maharaja Lawak baru-baru ini semata-mata mahu memberi sokongan kepada Zizan. Tak akanlah tak ada apa-apa.
Terus-terang saya katakan, saya pun tak tahu dia datang ke situ menyokong saya. Pelik juga saya, kenapa perlu mengaitkan saya bercinta dengan dia hanya disebabkan dia datang ke program itu? Walhal artis lain pun ada yang datang. Hari tu Siti Nordiana datang beri sokongan pun ada yang kata saya dengan dia ada apa-apa. Saya tengok Khir Rahman pun datang, kenapa tak kaitkan saya dengan dia? (melawak).
Zizan kan pernah dikaitkan dengan Juliana, jadi bila timbul situasi begitu, maka muncullah gosip. Pula tu, lagi sekali dikaitkan dengan wanita berwajah Pan Asia. Wah selera tinggi ya Zizan ni.
Habis, kalau dah orang datang, takkan saya nak halau pula. Lagipun sesiapa pun boleh datang tengok program tu. Ini semua memang gosip semata. Saya dan dia tak ada apa-apa. Tak akanlah bila ada wanita berwajah Pan Asia sahaja asyik nak dikaitkan dengan saya. Tapi saya faham, benda-benda macam ni timbul sebab ramai sangat yang prihatin dengan saya.
Ada yang kata Zizan sekarang sudah beralih angin. Dari meminati gadis-gadis sunti, Zizan kini didakwa lebih menyukai wanita seperti Natasha yang berstatus janda. Apa cerita ni?
Saya tak pernah pun buat kenyataan macam tu. Sudahlah..jangan diperbesarkan hal ini. Ada banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan berbanding nak fikir hal ini.
Jadi betullah khabar angin mengenai hal ini?
Jujurnya tidak. Saya tak boleh cakap hal ini. Tolonglah saya nak bercinta pun tak ada masa. Saya lebih selesa solo sekarang. Memanglah terasa kosong, tapi buat masa sekarang saya belum terfikir nak mempunyai buah hati. Saya nak kukuhkan ekonomi dan kerjaya saya dulu baru boleh cakap pasal buah hati.
Jadi, apa tindakan Zizan mengenai isu ini. Terutama sekali kepada mulut-mulut jahat yang bawa cerita tak betul pasal Zizan.
Sebenarnya, saya tak ambil hati pun. Jauh sekali nak marah-marah. Biarlah..yang penting saya dah jelaskan di sini mengenai perkara sebenar. Kalau ada yang tak percaya juga, apa boleh saya buat. Saya harap lepas ni tak ada lagi yang cuba nak usik-usik saya dengan Natasha.

No comments: